Ketereh : “Asas UMNO ditubuhkan adalah untuk semua. Seawal
UMNO ditubuhkan ia memikirkan
bagaimana untuk menjaga orang-orang ataupun
sahabat-sahabat kita yang terdiri daripada kaum-kaum bukan Melayu terutamanya
kaum-kaum minoriti agar negara ini dimerdekakan dalam keadaan tiada siapapun
akan rasa terpencil ataupun tertinggal. Siam,
Kadazan, Dusun, Orang Asli,
Orang Cina, Orang India atau siapa saja
sebagai rakyat Malaysia adalah menjadi dasar kepada parti ini untuk memberi
pembelaan kepada semua.”
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata sebab itu
mesyuarat tahunan pelbagai peringkat seluruh negara sehinggalah kepada
perwakilan persidangan atau Perhimpunan Agong UMNO setiap tahun adalah menjadi
satu majlis yang istimewa yang sedikit sebanyak menentukan halatuju
negara kita.
“Sememangnya sebagai parti yang besar, sebagai parti yang
berkuasa, sebuah parti yang telah mengizinkan sistem politik negara ini di
bawah sistem demokrasi berparlimen.
Parti ini akan di terum, parti ini akan dikecam, parti ini akan dilawan, parti
ini akan difitnah, parti ini akan dicabar.
Itu bukan perkara luar biasa. Itu adalah perkara yang kita izinkan, itu
perkara yang kita tambah. “
“Kita mahu kita ditegur, kita mahu kita dicabar, kita mahu
kita ditentang. Begitulah aturan-aturan dan lunas-lunas demokrasi yang kita mahu suburkan. Kita tidak mahu jadi
parti yang gagal. Kita tidak mahu jadi parti yang lalai, Kita tidak mahu
menjadi parti yang tidak ditegur, kita tidak mahu jadi parti yang terpisah
daripada kemelut dari rakyat.”
“Sebab
itu dalam menghadapi
cabaran-cabaran politik, Kita
akan terus menyaksikan UMNO dicabar, UMNO berkrisis, UMNO ditentang. Adakalanya
umno kalah, adakalanya UMNO menang. Tetapi yang penting sebagai sebuah parti
politik wadah perjuangan parti UMNO akan tetap mengekalkan prinsip-prinsip asas
dan dasar perjuangan sebuah parti demi kepentingan rakyat segenap lapisan dalam
negara kita.” Kata Tan Sri Annuar Musa.
0 comments:
Post a Comment