Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 29, 2016

ULAR SESAT DALAM 'BULLET TRAIN'


Ular sesat dalam 'bullet train'


Tokyo - Sebuah kereta api laju Jepun terpaksa berhenti kecemasan selepas seekor ular ditemui di tempat duduk, lapor media tempatan.

Seorang penumpang ternampak 30 sentimeter ular diantara dua kerusi di dalam kereta api berkenaan yang dalam perjalanan dari Tokyo dan Hiroshima sehingga terpaksa berhenti bagi membenarkan polis untuk menangkap ular berkenaan.

Ular coklat yang ditemui itu tidak berbisa dan tiada kecederaan dilaporkan, menurut penyiar awam Jepun NHK.

Kakitangaan kereta api berkenaan membuat pengumuman meminta jika ada penumpang dipatuk ular berkenaan untuk tampil, namun tiada siapa yang berbuat demikian.

Polis sedang mencari pemilik ular berkenaan.

Walaupun berdepan situasi kecemasan itu, kereta api berkenaan masih tiba ke Hiroshima mengikut jadual yang ditetapkan.

Pengedali kereta api melarang penumpang membawa haiwan menaiki pengangkutan awam itu kecuali burung kecil atau ikan.


0 comments:

share2