Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 29, 2016

KISAH ANEH BATU NISAN


Kisah aneh batu nisan


Kuala Nerang - Seorang pengusaha batu nisan sanggup menyimpan batu yang berusia 24 tahun kerana bernilai ribuan ringgit selepas mendapat tawaran lumayan daripada orang ramai yang ingin memilikinya.

Menurut Abd Kadir Hashim, 65, dari Kampung Banggol Dogol di sini, berkata, batu nisan itu pada mulanya ditempah waris keluarga yang meninggal dunia pada 1992 selepas ibu mereka meninggal dunia.

Katanya, selepas dikebumikan selama beberapa hari pihak keluarga itu datang menempah batu nisan kepadanya dan berjanji akan menyiapkannya dalam tempoh tiga hari.

“Selepas segala kerja ukiran dan menulis nama arwah di batu nisan itu siap, saya meletaknya di bawah rumah untuk dituntut keluarga berkenaan. Bagaimanapun semasa saya nak ambil pisang di bawah rumah untuk masak, saya lihat segala tulisan yang ditulis di sebelah batu nisan itu berubah.

“Pada mulanya saya ingat mata saya semakin kabur, tetapi apabila memanggil isteri, dia juga terkejut melihat keajaiban itu. Segala huruf nama yang tertulis itu berselerak dan ada huruf yang naik dan jatuh ke bawah cermin yang menutup nama arwah itu,” katanya.

Kata Abd Kadir, sebelum ini semua huruf yang ditulisnya dengan mengguna cat simen tidak pernah jadi seperti itu dan jika luntur pun hanya warna cat sahaja yang hilang, tetapi kali ini huruf-huruf itu bergerak.

“Selama melibatkan diri hampir 30 tahun mengusahakan batu nisan, belum pernah terjadi kejadian seperti itu dan ia mendapat perhatian orang ramai yang ingin melihatnya.

“Kejadian itu turut ditunjukkan kepada waris keluarga yang ingin mengambilnya dan mereka juga terkejut lalu menolaknya dan mahukan saya membuat batu nisan lain. Bagaimanapun bagi memenuhi hajat waris itu, saya sanggup buat yang baharu dan simpan batu nisan sepanjang 73 sentimeter,” katanya.

Katanya, sejak itu ramai yang mengunjungi ke rumahnya untuk melihat kekuasaan ALLAH SWT itu.

“Malah ada seorang pengunjung sanggup membelinya dengan harga RM60,000, tetapi saya tolak kerana saya mahu simpan batu nisan itu untuk tatapan anak cucu,” katanya.


0 comments:

share2