Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 4, 2016

"SAYA TIDAK TAKUT PADA ORANG YANG KHIANATI UMNO"


'Patutkah saya takut pada orang yang berusia 92 tahun?'


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak gentar menghadapi musuh dan tidak akan sesekali berundur daripada perjuangannya, meski pun menerima serangan bertubi-tubi dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata perjuangannya dipacu oleh semangat kebersamaan, perpaduan dan sokongan yang diterima daripada semua pihak khususnya daripada Parlimen Pekan, yang menjadi kubu politiknya sejak menyertai bidang itu.

"Berbekalkan semangat itu, kita akan bangkit semula. Lawan tetap lawan. Saya tidak takut pada sesiapa, hanya takut pada ALLAH SWT.

"Saya tidak takut pada orang yang khianati Umno selepas jadi pemimpin sepanjang 22 tahun. Patutkah saya takut pada orang yang sudah beusia 92 tahun?

Kita tidak payah cakap banyak tentang orang yang sudah banyak terbabas.

Insya-ALLAH, kita boleh mencapai kemenangan berkat kebersamaan kita," katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap menggulung perbahasan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini, semalam. 

Menurutnya semangat perjuangan beliau tidak pernah luntur walaupun pernah berhadapan detik hitam pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10 pada 1999 apabila hanya menang dengan majoriti 241 undi.

"Ramai yang suruh saya pindah ke kawasan lain kerana kata Pekan tidak selamat lagi buat saya. Namun, saya tolak cadangan berpindah sebab saya nekad.

Saya bermula di Pekan dan politik saya akan berakhir di Pekan," katanya.

Sehubungan itu, Najib yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan meminta supaya 148 cawangan Umno di Pekan berjuang bersamanya bagi memperoleh majoriti melebihi 40,000 undi pada PRU akan datang, sekali gus menjadi jawapan paling utuh kepada mereka yang menyerangnya.

Beliau turut mengingatkan anggota perwakilan supaya sentiasa menjaga akar umbi masing-masing dan tidak bercakaran sesama sendiri selain menyelesaikan masalah dalaman secara bertoleransi.

"Saya kena jaga gelanggang yang lebih luas. Saya perlu ke hulu dan ke hilir. Saya perlu mentadbir isu negara yang semakin hari semakin kompleks termasuk dimensi luar yang lebih luas.


1 comments:

  • Anonymous says:
    September 4, 2016 at 10:50 AM

    Buat apa nak takut dan layan org gila harta dan kuasa tu!!!!
    Mcm lah puak tu bagus sangat sepanjang hayat mrk menjadi pemerintah....

share2