Kota Bharu - Mayat bayi perempuan seberat tiga kilogram ditemui dalam plastik merah di belakang lori sampah di Pasir Tumboh di sini petang tadi.
Ia ditemui pekerja penyelenggara sampah swasta kira-kira jam 3.30 petang ketika melakukan penyelenggaran mengutip sampah.
Saksi kejadian Hasmizul Hamid, 40, berkata, ketika berhenti di kawasan tong sampah berhampiran pejabat Mardi, rakannya Mohd Ridzuan Halim, 31 dan seorang lagi pekerja sedang mengangkut sampah dalam tiga tong yang disediakan di kawasan itu.
"Kami hanya menyedari terdapat satu plastik merah yang mencurigakan selepas memuatkan sampah yang dikutip dalam tong sampah terbabit.
"Tidak kami sangka rupa-rupanya plastik itu berisi mayat bayi perempuan yang cukup sifat dalam keadaan bogel dan masih bertali pusat," katanya.
Selepas melihat kejadian itu, rakan saya terus menghubungi polis bagi siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya siasatan masih diteruskan.
0 comments:
Post a Comment