Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 14, 2016

MENGAKU TAK BERSALAH KENDALI HARTA PENGGANAS


Mahkamah


Kuala Lumpur - Seorang juruaudio mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan mengendalikan harta seorang pengganas, April lalu. 

Muhammad Nazrul Nooh, 37, didakwa dengan pengetahuan mengendalikan harta seorang pengganas, dengan cara membenarkan transaksi kemasukan dan pemindahan wang sebanyak RM2,000 daripada akaun Maybanknya, bagi memberi manfaat kepada pengganas berkenaan. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Damansara Utama, Petaling, Selangor, antara pukul 2.22 petang, 26 April dan 3.03 petang, 29 April lepas. 

Muhammad Nazrul didakwa mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan boleh dilucut

hak mana-mana harta berkenaan, jika sabit kesalahan. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan 11 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, manakala Muhammad Nazrul diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli. 

Tertuduh kemudian dibawa ke penjara Sungai Buloh, Selangor.


0 comments:

share2