Johor Bahru - Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terkena batu terbang yang muncul secara tiba-tiba pada kenderaan yang dinaiki ketika melalui Jalan Taman Saujana, Kota Tinggi.
Bapa mangsa, Mohd Faizal Selamat, 35, berkata, ketika kejadian, anak bongsunya, Afiq Qayyum dipangku isterinya dan duduk di bahagian penumpang, sementara dua lagi anaknya berada di bahagian tempat duduk belakang.
"Saya dari Kota Tinggi selepas bercuti di kampung beberapa hari, namun dalam perjalanan pulang semalam (Jumaat) ke Larkin pada jam 2 petang, secara tiba-tiba entah dari mana tingkap depan saya pecah.
"Ketika itu, saya yang memandu kereta itu baru sahaja pergi melepasi Taman Saujana dan menuju ke arah Kem Tentera Pulada," katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Faizal berkata, kemudian saya terdengar isteri menjerit dan terlihat Afiq Qayyum berlumuran darah serta tidak bertindak balas ketika dipanggil.
"Orang ramai yang berada di tempat kejadian datang membantu dan menelefon ambulans untuk membawa anak saya ke hospital.
"Afiq Qayyum diletakkan di unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Aminah, namun disahkan meninggal dunia pagi tadi walaupun pelbagai usaha dilakukan doktor untuk menyelamatkannya," katanya.
Beliau berkata, dia tidak pasti dari arah mana batu berkenaan muncul dan telah membuat laporan polis.
"Batu itu adalah untuk besar untuk dibaling oleh seseorang individu dan jika isteri saya duduk seorang diri pada masa itu mungkin saya akan kehilangannya.
"Cuma mungkin ada lori besar yang membawa batu besar melalui kawasan itu dan diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan diharap kejadian sama tidak berulang kepada orang lain," katanya.
0 comments:
Post a Comment