Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 27, 2016

ISI PERUT SUAMI DITEMUI DALAM BAGASI


Bagasi


Vienna - Pegawai kastam di lapangan terbang Austria terkejut selepas menjumpai isi perut manusia dalam beg seorang pelancong Magribi yang mendakwa ia adalah kepunyaan suaminya yang telah meninggal dunia.

Penemuan luar biasa itu dibuat oleh pemeriksa di lapangan terbang Graz yang memeriksa bagasi milik seorang wanita yang tiba dari Morroco, menurut akhbar Kleine Zeitung dan agensi berita APA

Usus itu telah dibungkus dengan rapi dan diletakkan dalam dua bekas

Wanita yang tidak dinamakan itu menjelaskan, dia mengesyaki suaminya yang lahir pada tahun 1979 diracun dan bercadang mahu membuat ujian analisis toksik ke atas tisu tersebut.

Penemuan itu disahkan oleh Kementerian Kewangan yang merupakan badan pengawasan untuk perkhidmatan kastam Austria.


0 comments:

share2