Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 19, 2016

POLIS TAHAN 2 LELAKI BERGADUH KERANA POKEMON GO

pokemon go



SINGAPURA – Dua lelaki Singapura ditahan selepas terlibat dalam perbalahan yang dicetuskan oleh permainan telefon mudah alih yang sangat popular Pokemon GO, kata polis tempatan pada Selasa.

Pertelingkahan terjadi antara penunggang motosikal dan seorang pejalan kaki di pintu masuk kawasan beli-belah popular di Singapura, Orchard Road pada Ahad.

Menurut kenyataan polis, pejalan kaki berkenaan sedang bermain permainan Pokemon Go sambil melintas jalan.

Penunggang motosikat itu kemudia membunyikan hon ke arah pejalan kaki sehingga membawa kepada pergaduhan.

Kedua-dua lelaki itu ditahan atas kesalahan bergaduh di khalayak ramai yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda SG$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Mereka menjadi kes pertama yang ditangkap di bandar raya itu, di mana pergaduhan di khalayak ramai jarang berlaku lebih-lebih lagi berkaitan dengan permainan.

Permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA telah menjadi kegilaan di banyak negara.

Dalam sepuluh hari sejak ia dilancarkan di Singapura, polis telah mengeluarkan amaran keselamatan menggesa pejalan kaki untuk lebih peka dengan persekitaran mereka dan berhati-hati ketika melintas jalan. - Awani




0 comments:

share2