Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 24, 2016

PENGSAN SELEPAS GADUH MULUT 8 JAM


Pengsan selepas gaduh mulut 8 jam


Shaanxi - Akibat bertengkar selama 8 jam tanpa henti bawah cuaca panas terik, dua orang wanita pengsan di tepi jalan di bandar Angkang.

Menurut laporan Dailymail, kedua-dua wanita separuh abad tersebut bertengkar tentang hutang bermula pada jam 2 petang waktu tempatan.

Seorang saksi memberitahu mulut salah seorang wanita terbabit berbuih.

Kedua-dua wanita berkenaan juga dilaporkan tidak menjamah sebarang makanan atau meminum air sepanjang pertengkaran tersebut.

Mangsa telah dibawa ke hospital dan dirawat namun keadaan terkini mangsa gagal diketahui.


0 comments:

share2