Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 26, 2016

NAFI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BOCOR


 Nafi soalan peperiksaan percubaan SPM bocor


Jabatan Pendidikan Negeri Melaka menafikan berlakunya kebocoran kertas soalan peperiksaan percubaan SPM di negeri berkenaan.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Abu Bakar Sahari, soalan peperiksaan percubaan SPM bukan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan.

Sekiranya berlaku kebocoran, ia adalah berkaitan dengan masalah dalaman sekolah yang terbabit.

Abu Bakar berkata demikian ketika dihubungi Sin Chew Jit Poh mengenai kononnya berlaku kebocoran kertas soalan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sehingga menyebabkan pelajar terpaksa mengambil peperiksaan semula.

Katanya, sekiranya kertas soalan bocor, pihak sekolah perlu mengambil langkah sewajarnya tertakluk kepada keadaan, termasuk juga membenarkan pelajar mengambil semula peperiksaan.

"Biasanya Jabatan Pendidikan tidak akan campur tangan dalam hal ini," katanya.

Difahamkan, pelajar mendakwa mereka memperoleh kertas soalan daripada pelajar sekolah lain di kelas tuisyen.

Sementara itu, pihak sekolah terbabit menjelaskan peperiksaan tetap berjalan lancar dan tiada apa-apa laporan mengenai kebocoran kertas soalan.


0 comments:

share2