Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 27, 2016

LELAKI DAKWA DIRI NABI ISA, MAHU BUNUH PEMIMPIN NEGARA


Lelaki Dakwa Diri Nabi Isa, Mahu Bunuh Pemimpin Negara


Seorang lelaki yang mendakwa konon dirinya sebagai Nabi Isa mengancam akan memusnahkan pihak berkuasa sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan memerintah sedia ada.

Lelaki berusia 43 tahun itu berang apabila kenderaan yang dipandu bersama-sama isteri dan anak perempuannya ditahan anggota polis yang membuat pemeriksaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur petang semalam.

Suspek dilaporkan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk mengaku dirinya ialah Nabi Isa dan akan membunuh Perdana Menteri serta Raja-Raja Melayu setelah berjaya mengambil alih tampuk kerajaan.

News Straits Times melaporkan, suspek ditahan susulan nombor pendaftaran kenderaan yang jelas tidak mengikut peraturan iaitu tertulis ‘Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara Tuanku Raja Merongmahawangsa II Sultan Kedah Asal Imam AlMahdi’.

Sejurus selepas ditahan, suspek mempersoalkan kepada anggota polis terbabit sama ada mengenali dirinya dan mahu mereka memeriksa dengan pihak istana dan Ketua Polis Negara mengenai latar belakang dirinya.

Suspek dengan yakin turut mendakwa konon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri pun tidak berani untuk menahan atau memeriksa kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya itu.

Difahamkan, suspek mempunyai rekod saman membabitkan penggunaan lesen dan cukai kenderaan yang sudah tamat tempoh. Pihak polis membawa suspek dan isteri serta anaknya berusia 15 tahun ke Balai Polis Tun HS Lee untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau berkata, suspek diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi menghadapi pertuduhan kes yang berlaku pada 2013 sebelum polis meneruskan siasatan terhadap suspek.


0 comments:

share2