Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 20, 2016

[KUANTAN] PERASMIAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DI GAMBANG



YAB Menteri Besar Pahang hadir merasmikan majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pahang di Gambang pagi tadi bersama-sama ribuan rakyat. Turut hadir Exco-exco Kerajaan Negeri serta wakil-wakil rakyat termasuk wakil rakyat pembangkang.

Dato' Shahaniza Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Pahang merangkap Exco Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia dalam ucapan aluannya berharap agar masyarakat akan terus mengibarkan bendera 'Jalur Gemilang' di premis dan kenderaan mereka sebagai tanda cintakan negara.

Beliau juga memaklumkan seramai 1000 penunggang basikal akan berkayuh sambil mengibarkan Jalur Gemilang dari Gambang ke Maran sejauh 47 kilometer. Penduduk di 15 buah kampong sepanjang jalan Gambang Maran juga akan berdiri sepanjang jalan mengalu-alukan penunggang basikal berkenaan sebagai tanda sokongan.

Dato' Shahaniza juga memaklumkan adanya seorang warga emas berbangsa Cina,  'Mak See' yang meraikan hari jadinya yang ke-95 dan berjalan kaki ke majlis ini sambil mengibar Jalur Gemilang.

Dalam ucapan perasmian YAB Menteri Besar Pahang beliau sambil lalu mengimbas kembali kesukaran kehidupan rakyat ketika negara masih dijajah. Namun apabila negara merdeka, kita dapat memerintah negara kita sendiri dengan cara dan dasar yang kita tentukan sendiri.

Menurut beliau, sejak merdeka, kerajaan juga telah mendemokrasikan pendidikan dengan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menuntut ilmu. Jika dahulu kebanyakan rakyat terutama orang Melayu hanya mampu belajar hingga ke darjah 6 atau maktab perguruan namun kini sudah banyak kolej dan universiti dibina bagi memberi lebih peluang kepada rakyat.






0 comments:

share2