Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 26, 2016

[KUANTAN] ENAM HARI DALAM KURUNGAN WANITA TIDAK SIUMAN


Enam Hari Dalam Kurungan Wanita Tidak Siuman


Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa melalui hari yang menakutkan apabila terpaksa bertahan selepas dikurung enam hari oleh seorang wanita kurang siuman di sebuah rumah di Lorong Mat Kilau.

Ia bermula apabila Muhammad Amirul Hakim Abdullah, 10, dilaporkan hilang oleh ibunya, Mimie Azura Mohd Noor, 33 pada 19 Ogos lalu selepas tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Tengah, Kuantan, Pahang.

Namun, siasatan polis mendapati mangsa yang mesra dipanggil sebagai Mirul berada di dalam sebuah rumah yang dimiliki seorang wanita berusia 37 tahun.

Harian Metro melaporkan, Mirul ditemui anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kuantan hasil maklumat awam kira-kira pukul 2.20 pagi Khamis.

Mirul ditemui bersama dua lagi kanak-kanak masing-masing berusia 11 dan 15 tahun juga dalam keadaan tidak bermaya.

Ketika serbuan dibuat, polis terpaksa memecah masuk selepas suspek enggan membuka pintu dan memberikan kerjasama.

Siasatan mendapati, mangsa hanya diberi roti untuk mengalas perut dan segelas minuman serta dikunci dalam sebuah bilik bagi mengelakkan mangsa melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah.


0 comments:

share2