Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 31, 2016

DISANGKA KERA, CUCU 10 TAHUN CEDERA DITEMBAK ATUK


Disangka Kera, Cucu 10 Tahun Cedera Ditembak Atuk


Seorang budak lelaki berusia 10 tahun cedera selepas ditembak atuknya yang menyangkanya seekor kera, di sebuah dusun di Kota Tinggi, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman, kejadian itu dilaporkan berlaku jam 9 pagi ketika lelaki berusia 79 tahun itu membuat pemantauan di dusunnya, semalam.

“Datuk kepada kanak-kanak itu pada mulanya mengatakan dia ternampak satu objek bergerak di dusunnya dan menyangka ia merupakan seekor kera liar.

“Dia kemudian melepaskan satu das tembakan menggunakan peluru penabur dengan senapang patah miliknya dan mendapati dia tertambak cucunya apabila mendengar suara jeritan kesakitan,” kata Rahmat.

Tambah Rahmat, budak lelaki itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan dengan segera oleh ahli keluarganya.

Budak lelaki itu dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepalanya dan sudah menjalani pembedahan mengeluarkan peluru tersebut.

Susulan kejadian itu, pihak polis telah merampas senapang patah jenis 32 Simson Double Barrel milik warga emas itu dan menahannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.


0 comments:

share2