Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 30, 2016

BERAPA RAMAI RAKYAT MALAYSIA KIBAR BENDERA?


Bendera Malaysia


Shah Alam - Berapa ramai rakyat kibar bendera Malaysia pada bulan ini? demikian soal Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Syazni Munir Muhd Ithnin.

Beliau berkata, rakyat kini sudah terlalu meluat dengan sikap pemimpin sehingga tidak bersemangat untuk menyambut bulan kemerdekaan.

Katanya lagi, pihaknya tidak mahu rakyat membenci negara sendiri kerana kesilapan pemimpin negara yang gagal mengurus tadbir negara.

“Pemimpin sekarang jangan terlalu selesa berada di puncak kerana rakyat bukan sekadar meluat kepada keadaan politik, tapi rakyat juga meluat dengan negara sendiri. Rakyat kini sudah cukup meluat dengan pemimpin yang menyebabkan krisis dan masalah melanda negara ini.

"Bulan ini bulan Kemerdekaan. Berapa ramai rakyat yang kita lihat kibarkan bendera Malaysia bulan ini? Ini menunjukkan rakyat makin meluat dengan negara.

"Kita tidak mahu negara selepas ini menjadi negara yang menjadi kacau bilau di mana rakyat berani turun ke jalanan untuk menghalau pemimpin. Itu sudah dikira sebagai tindakan yang lebih radikal," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-40: ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’, di sini, semalam.

Dalam masa sama, Syazni turut mengingatkan pemimpin-pemimpin BN supaya jangan terlalu selesa mempermainkan polemik agama kerana akhirnya rakyat yang akan marah.

"Apabila polemik perkauman dan keagamaan dimainkan oleh parti-parti politik, akhirnya rakyat juga yang terheret.

"Negara sudah sampai ke peringkat bahaya. Negara sedang alami perubahan dan situasi itu mungkin tidak disedari oleh kita," katanya lagi.


0 comments:

share2