Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 20, 2016

[TEMERLOH] PAS TERBUKA JALIN KERJASAMA


Pas terbuka jalin kerjasama


Pas tiada masalah untuk menjalinkan kerjasama dengan parti baharu yang dikatakan diusahakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bersama pemimpin-pemimpin Umno yang dipecat.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pas tiada masalah untuk bekerjasama asalkan parti tersebut menghormati dasar dan perjuangan Pas.

“Dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak dapat menghalang penubuhan parti baru, cuma Pas mesti lihat dulu dasar dan hala tuju parti itu selain bagaimana pakatan yang hendak dijalin dengan parti pembangkang yang ada.

“Pas tidak ada masalah untuk bekerjasama asalkan parti itu tahu menghormati dasar perjuangan Pas, maknanya, jika parti tersebut tidak terima apa yang Pas bawa, bagaimana kita mahu bersama mereka.

“Begitu juga jika parti baru itu membentuk pakatan melibatkan DAP dan Amanah, sudah tentu menyulitkan Pas, sebab sehingga kini parti-parti tersebut masih belum berhenti menyerang Pas,” katanya.

Nasrudin berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Temerloh berserta Pas Kawasan Temerloh di pekarangan Pejabat Khidmat Komuniti Parlimen Temerloh, di sini kelmarin.

Lebih 3,000 penduduk setempat daripada pelbagai bangsa hadir memeriahkan majlis tersebut.

Nasrudin berkata, menghormati dasar masing-masing adalah prinsip Pas pada masa ini tanpa bertolak ansur, namun Pas tetap bersikap terbuka.

Dalam pada itu, Nasrudin menjelaskan, Pas pada masa ini masih berusaha menguatkan blok ketiga termasuk sedang berunding serius dengan dua lagi parti politik.




0 comments:

share2