Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 25, 2016

SOKONGAN PENGGANAS: PENGHANTAR SURAT DIDAKWA


mahkamah


Kuala Lumpur - Seorang penghantar surat didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas dua pertuduhan iaitu memberi sokongan dan memiliki item berunsur pengganas IS April lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Fazar Nor Md Reduan dihadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Bagi pertuduhan pertama, Fazar Nor, 33, didakwa memberi sokongan kepada belakunya perbuatan pengganas melibatkan penggunaan bahan letupan dengan niat untuk melanjutkan perjuangan ideologi.

Perbuatan itu dianggap sebagai niat untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram dalam telefon bimbit jenis Samsung S4 miliknya di sebuah rumah di Blok 11 AU3/1, Ulu Kelang antara April hingga 28 Jun 2016.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 28 September depan untuk sebutan semula kes.


0 comments:

share2