Jinan - Seorang pelajar dari China sanggup membahayakan nyawanya dengan menelan paku payung semata-mata mahu memenangi pertaruhan dengan rakannya.
Bukan itu sahaja, Wang Chuan, 16 tahun turut memasukkan tiga mata pen berukuran satu sentimeter melalui perutnya bagi memperoleh wang pertaruhan bernilai 200 yuan (RM 118).
Ekoran itu, Wang terpaksa mendapatkan rawatan doktor dan menjalani pembedahan selama empat jam bagi mengeluarkan paku payung dan mata pena daripada perut pelajar itu.
Naib Pengarah, Jabatan Pembedahan Hospital Jinan, Li Penyu berkata, paku payung berkenaan telah melalui sistem pencernaan dan membolehkan ia dikeluarkan melalui proses semulajadi.
"Bagaimanapun, mata pen yang ditelannya itu terpaksa dikeluarkan melalui pembedahan di bahagian perutnya dan mengambil masa kira-kira empat jam," katanya dipetik MailOnline.
Sementara itu, seorang doktor memberitahu pemberita, hanya pertaruhan, pelajar itu hampir mengancam nyawannya
"Saya tidak paham apa yang difikirkan remaja itu sehingga sanggup melakukan perkara demikian," ujarnya.
Wang bagaimanapun enggan ditemuramah wartawan dan tidak menjelaskan sebab dia menerima pertaruhan tersebut.
Mei lalu, soerang lelaki dimasukkan ke hospital selepas menela 8 paku untuk membuktikan kepada rakannya dia adalah 'penelan pedang'.
Doktor segera melakukan pembedahan kerana bimbang paku tersebut akan mencederakan perutnya.
0 comments:
Post a Comment