Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 17, 2016

POLIS KENAL PASTI SUSPEK CURI TABUNG DERMA


PDRM


Butterworth - Polis telah mengenal pasti lelaki yang dipercayai mencuri dua buah tabung derma anak yatim dan madrasah tahfiz yang diletakkan di pusat jualan Jeruk Madu Pak Ali, di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis perniagaan itu pihaknya telah berjaya mengesan identiti lelaki berusia lingkungan 40-an berkenaan.

"Kami telah mendapat maklumat berhubung lelaki itu dan telah pergi ke rumahnya di sini (Butterworth) semalam bagaimanapaun dia tiada (di rumah) dan dipercayai menyembunyikan diri kerana tahu sedang dikesan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mungkin terlibat dalam beberapa lagi kes curi tabung derma yang diletakkan di kedai-kedai.

"Setakat ini kami menerima satu laporan polis sahaja dari pusat jualan Jeruk Madu Pak Ali itu tetapi kalau tengok pada rakaman CCTV yang viral sejak Khamis itu lelaki itu mungkin terlibat beberapa kes lagi kerana dia seperti mahir untuk mencuri tabung derma berkenaan," katanya.

Mohd Mustafa berkata terdapat kira-kira RM500 dalam dua tabung derma yang hilang itu.

0 comments:

share2