Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 24, 2016

[ROMPIN] RM84 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN

Hasan Arifin



Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM84 juta untuk pembangunan Parlimen Rompin, khusus untuk bidang berkaitan pertanian dan ekopelancongan.

Ahli Parlimennya Datuk Hasan Ariffin berkata RM71 juta daripada jumlah itu akan diperuntukkan untuk mambangunkan jelapang padi Rompin di Kampung Tanam di sini, melibatkan kawasan seluas 2,428 hektar.

"Projek ini akan dimulakan secepat mungkin di bawah kendalian Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dengan pengurusan secara estet kerana melibatkan petani yang ramai," katanya.

Hasan berkata demikian semasa ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Rompin di sini hari ini, yang dihadiri lebih 1,000 penduduk.

Hasan menambah pelaksanaan projek itu akan mejadi nilai tambah kepada sektor pertanian Rompin yang selama ini terkenal dengan pengeluaran nanas madu dan ladang ternakan lembu di Muadzam Shah di sini.

Beliau menambah baki peruntukan itu juga akan digunakan untuk projek menaik taraf sektor pelancongan seperti menambah baik infrastruktur di Taman Negara Endau-Rompin dan Hutan Simpan Menchali di sini.

"Pembangunan ini akan melibatkan projek naik taraf pusat penerangan yang akan menarik lebih ramai pelancong, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk setempat," katanya.

Hasan menambah pembangunan sektor pelancongan ini juga melibatkan projek pembangunan fasa kedua pusat penginapan Lanjut Resort yang telah 80 peratus siap melibatkan penambahan 200 bilik bagi menampung pertambahan pelancong. 




0 comments:

share2