Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 22, 2016

PESAWAT TERHEMPAS, JURUTERBANG MAUT


Pesawat terhempas, juruterbang maut


Illniois - Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan menyebabakan juruterbang maut dan sebahagian sebuah rumah terbakar, lapor AP.

Walaupun tidak jelas berapa ramai yang berada dalam pesawat dan juruterbang pesawat itu terbunuh, Pengurus Joliet City, Jim Hock berkata, tiada mangsa lainyang dilaporkan cedera dalam insiden itu.

Timbalan Ketua Bomba Joliet, Ray Randich berkata, pihak berkuasa percaya tangki minyak pesawat tersebut pecah ketika terhempas ke jalan dan menyebabkan berlaku kebakaran lalu merebak ke sebuah rumah.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Ed Malinowski berkata, pesawat Piper PA30 berlepas dari Florida, mendarat di Tennessee dan menuju ke Wisconsin.

Bagaimanapun nama juruterbang yang maut masih belum dikeluarkan.

Sementara itu, jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Tony Molinaro berkata, agensi itu telah menghantar satu pasukan ke lokasi kejadian untuk menentukan jenis pesawat yang terlibat dalam kemalangan itu dan mengumpul maklumat sebelum diserahkan kepada NTSB.

Agensi itu akan menjalankan siasatan dan menentukan punca nahas.

Pemilik rumah Patti Daniel berkata, hanya dia seorang berada di dalam rumah berkenaan ketika kejadian.

"Saya mendengar bunyi kuat datang di jalan.

"Saya mendengar beberapa kesan tergelincir dan kemudian tiba-tiba dinding di bilik makan saya terbakar dan berlari ke garaj untuk menyelamatkan diri," katanya.


0 comments:

share2