Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 20, 2016

PENUBUHAN PARTI BAHARU TAMBAH PERPECAHAN MELAYU



KUALA LUMPUR 19 Julai – Penu­buhan parti baharu yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikhuatiri menjarakkan jurang persefahaman dalam kalangan orang Melayu sekali gus menyebabkan perpe­cahan sedia ada semakin terjejas.

Kebimbangan itu dizahirkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin yang memberitahu bahawa segmentasi dalam kalangan orang Melayu disebabkan politik semakin lebar.

Beliau juga menyifatkan orang Melayu yang berjumlah 15 juta di negara ini kini menjadi ‘minoriti’ kesan daripada banyaknya parti politik termasuk Pas, PKR, PAN selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berkepenting­an.

“Sekiranya matlamat penu­buhan parti tersebut untuk persaingan daripada aspek polisi demi menghasilkan dasar terbaik dan memanfaatkan umat Me­layu, kita alu-alukan.

“Bagaimanapun, berdasarkan sentimen ser­ta tujuan penu­buhan parti ini yang ternyata le­bih ber­motifkan dendam peribadi selain menggung­guli kuasa, sekali gus memecah belah dan menimbulkan sengketa dalam kalangan bangsa pada semua peringkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir mengumumkan penubuhan satu pakatan pembangkang baharu yang akan dianggotai oleh parti-parti politik pembangkang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dr. Mahathir berkata, pa­katan berkenaan akan disertai DAP, PKR, PAN serta sebuah parti baharu yang akan ditubuhkan oleh beliau dalam masa terdekat de­ngan matlamat uta­ma untuk menewaskan Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy mene­gaskan pendiriannya bahawa parti baharu tersebut tidak se­patutnya wujud kerana hanya menambahkan ke­kalutan dari segi kestabilan politik dan kemajuan ekonomi yang sedang diupayakan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan Kabinet beliau.

“Selain itu, selama ini UMNO selaku tonggak BN dengan muafakat konsensus bersama parti komponen lain terbukti berjaya menzahirkan dasar yang bukan sahaja memberi manfaat kepada orang Melayu, tetapi turut mensejahterakan rakyat Malaysia umumnya,” jelas beliau.




0 comments:

share2