Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 27, 2016

PENGANGGUR DIDAKWA CULIK WANITA WARGA THAILAND


Kes culik


Kuala Lumpur - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik dan melarikan seorang wanita warga Thailand.

Cheau Choon Wei, 28, bersama seorang yang telah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas, didakwa dengan niat bersama melakukan perbuatan tersebut terhadap Wilasini Chamkaeo, 35, di Jalan Prima 3 berhampiran Hotel Indigo, Metro Prima, Kepong, di sini pada 4.45 pagi, 12 Julai lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 9 Sept untuk sebutan semula kes iaitu tarikh sama dengan seorang lagi tertuduh yang didakwa sebelum ini.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa ASP Zuraimi Kamarozzaman tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam itu kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.

Zuraimi turut memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes tersebut sama dengan tertuduh R.R. Vandassan, 37, seorang pengutip hutang yang didakwa atas pertuduhan sama, 18 Julai lepas.

Vandassan turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.


0 comments:

share2