Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 19, 2016

PEMIMPIN DUNIA KECAM CUBAAN RAMPASAN KUASA DI TURKI


Turki



ANKARA -TURKI . Beberapa pemimpin dunia dilaporkan mengutuk cubaan rampasan kuasa tentera di Turki yang berlaku Jumaat malam hingga awal pagi Sabtu itu, lapor Agensi Anadolu.

Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier menggesa agar demokrasi dan perlembagaan dihormati di Turki.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya segala usaha untuk mengubah susunan asas demokrasi di Turki dengan menggunakan kekerasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson berkata, beliau telah menghubungi rakan sejawatnya di Turki, Mevlut Cavusoglu untuk menekankan sokongan United Kingdom terhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras menyatakan sokongan kepada Turki melalui status yang dimuatnaik di Twitternya.

“Kerajaan dan rakyat Greece yang mengikuti perkembangan situasi di Turki berdiri menyokong demokrasi dan aturan Perlembagaan,” tulisnya.

Sementara Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault berkata negaranya mengutuk sekeras-kerasnya apa yang berlaku di Turki.

“Rakyat di Turki telah membuktikan kematangan dan keberanian mereka dengan kesanggupan menghormati institusi. Mereka terpaksa membayarnya dengan nyawa... di mana saya doakan mereka,” katanya.

Presiden Kesatuan Eropah (EU), Donald Tusk; Pesuruhjaya, Jean-Claude Juncker dan Ketua Polisi Asingnya, Federica Mogherini berkata, EU menyokong sepenuhnya kerajaan yang dipilih secara demokrasi termasuk institusi dalam negara itu serta Perlembagaannya.

“Kami menggesa Perlembagaan Turki itu kembali seperti sedia kala,” katanya.

Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev berikar negara menyokong kerajaan Turki dan rakyatnya. President Bulgaria, Rosen Plevneliev berkata pihaknya mengutuk sebarang bentuk keganasan dan menyokong kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

“Kestabilan dan keamanan di Turki kepentingan utama kami begitu juga dalam menghormati hak asasi manusia,” katanya.

Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif mengalu-alukan rakyat Turki memberi komitmen untuk melindungi demokrasi dan menentang rampasan kuasa tentera.

Perdana Menteri Romania, Dacian Ciolos pula menulis dalam Facebooknya dengan mengatakan satu-satunya pilihan yang dimiliki Turki sekarang adalah untuk mengembalikan Perlembagaan dan undang-undang seperti sedia kala.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Michael Turnbull mengajak semua parti menunjukkan ketenangan dan bertahan bagi menghormati kerajaan demokrasi Turki.

Malaysia turut mengecam usaha itu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan mengutuk cubaan rampasan kuasa tentera berkenaan.

Puluhan ribu masyarakat dunia berkumpul di negara masing-masing termasuk Amerika Syarikat dan Eropah bagi menyatakan bantahan terhadap cubaan rampasan kuasa di Turki itu.




0 comments:

share2