Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 25, 2016

[MUADZAM SHAH] POLIS SAHKAN LETUPAN BANK ADA UNSUR ROMPAKAN


Polis sahkan letupan bank ada unsur rompakan


Polis mengesahkan ada unsur cubaan merompak dalam kejadian letupan di sebuah bank di Bandar Muadzam Shah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Muhammad Aidil Ronneh Abdullah berkata, ia berdasarkan siasatan awal pihaknya yang menemui kesan tangan pada mesin di bank berkenaan.

Katanya, penjenayah berkenaan gagal untuk menarik keluar peti simpanan wang mesin berkenaan.

"Sehubungan itu, kita menolak spekulasi bahawa ada unsur keganasan dalam kejadian itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi tadi, sebahagian premis bank yang terletak di Jalan Medan Mewah rosak teruk selepas berlaku letupan.

Difahamkan, bahagian yang diletupkan adalah pada bahagian yang antaranya menempatkan mesin deposit (CDM) dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Tinjauan Sinar Harian mendapati sepasukan polis sedang melakukan siasatan.

Unit Anti Keganasan dari Bukit Aman juga difahamkan dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.


0 comments:

share2