Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 20, 2016

[KUANTAN] RANCANG PEMBANGUNAN BERCAMPUR


Image result for rancang pembangunan bercampur


Anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), RT Development & Engineering (RTDE) Sdn Bhd merancang usaha sama pembangunan bercampur di Batu 18, Jalan Pekan – Kuantan dalam tempoh lima tahun.

Pengurus Besar RTDE Sdn Bhd, Mohd Asri Mohamed Ripin berkata, projek berkonsepkan Pemangkin Pembangunan Lestari itu membabitkan keluasan tanah seluas 22.4 hektar.

Menurutnya, projek berkenaan yang melibatkan rakan usaha sama iaitu pemilik tanah akan membabitkan pembangunan bercampur merangkumi rumah teres, rumah berkembar dan kedai pejabat.

“Buat masa ini, kita sedang berusaha mendapatkan persetujuan dengan lebih pemilik tanah di kawasan itu.

“Sehingga kini 28 pemilik sudah bersetuju dan menandatangani perjanjian dan sebarang kerja – kerja awal akan dilaksanakan bergantung pada pola tanah di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar sempena Pelancaran Cadangan Projek Usaha sama Pembangunan Bercampur di Batu 18, Jalan Pekan – Kuantan yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di sebuah hotel, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Datuk Abdul Rahim Mohd Ali.

Mohd Asri berkata, setiap pemilik ditawarkan 20 peratus daripada pulangan sama ada dalam bentuk tunai atau hartanah.

Beliau berkata, projek dijangka mempunyai dua fasa itu akan menjadi salah satu tarikan baharu kepada rakyat di negeri ini dalam pemilikan hartanah.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, RTDE Sdn Bhd turut membangunkan beberapa projek di Pekan melibatkan pembangunan hartanah selain kompleks pembangunan di Indera Mahkota yang membabitkan kos RM400 juta.

Pada majlis itu, Adnan menyampaikan cenderamata kepada seramai 28 pemilik tanah untuk projek tersebut.




0 comments:

share2