Bajet yang minima tidak bermakna reka bentuk akan menjadi tidak menarik. Anda boleh memilih apa sahaja rekaan yang anda suka namun harus berhati-hati di dalam pemilihan bahan dan pemasangan kemasan.
Ini kerana cara yang paling mudah di dalam menjimatkan kos untuk kabinet ruang dapur ialah dengan memilih bahan yang ringkas seperti kemasan simen dan elakkan kemasan yang ‘berlebihan’ seperti batu marmar atau jubin yang eksklusif. Selain daripada itu, boleh juga digunakan bahan-bahan komposit bagi menggantikan bahan semula jadi misalnya untuk permukaan kaunter, daripada menggunakan batu marmar atau granit, boleh saja digunakan bahan komposit untuk kesan yang agak sama.
WEB IMPIANA kongsikan antara rekaan kabinet dapur yang boleh di bina dengan bajet yang rendah.
0 comments:
Post a Comment