Orang ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan maut yang berlaku pada 5 Julai lalu melibatkan kenderaan jenis Nissan Sentra hitam dengan Proton Wira Aeroback diminta menghubungi pihak polis segera bagi membantu siasatan.
Pegawai Penyiasat Inspektor Noor Afieka Ayob berkata, hal ini bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian yang akan membantu siasatan polis.
"Kejadian tersebut berlaku berdekatan jambatan atas LPT Chenor, Sungai Nerek,Maran, Pahang jam lebih kurang 4 petang.
"Dalam kejadian ini dua mangsa pemandu serta penumpang hadapan motokar Proton Wira berkenaan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Temerloh dua hari selepas itu ketika menerima rawatan. Manakala mangsa-mangsa yang lain masih menerima rawatan di hospital," katanya.
Pohon bantuan saksi bebas yang melihat kejadian tampil membantu siasatan yang dijalankan di talian 0177475760.
0 comments:
Post a Comment