Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 17, 2016

FAKTA AUTA: STATUS HALAL BURGER 'QUATER POUNDER'


Status halal burger 'Quater Pounder'

Auta

Status halal hidangan burger ‘Quater Pounder’ yang dijual di restoran makanan segera McDonald's dipertikai.

Sebaran ‘print screen’ perbualan kumpulan WhatsApp yang kononnya didedahkan sendiri oleh kakitangan restoran makanan segera itu yang mendakwa 60 peratus kandungan burger itu ialah daging lembu manakala 40 peratus lagi daging babi.

Bekalan produk daging sejuk beku itu diimport dari Amerika Syarikat.

Dalam sebaran berkenaan, seorang wanita memberitahu suaminya yang berkunjung ke McDonald's menerusi kaunter pandu lalu bertanyakan kepada kakitangan restoran makanan segera mengapa akhir-akhir ini burger Quater Pounder tidak lagi dijual dan dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengharamkan menu tersebut kerana tidak halal.

Fakta

Orang ramai dinasihat menghentikan penyebaran berita palsu mengenai status halal produk restoran makanan segera McDonald’s yang dikesan kembali aktif di laman sosial.

Seorang jurucakap Jakim menarik perhatian bahawa jabatan itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berhubung status halal restoran berkenaan.

“Kita harap perkara ini tidak lagi dimainkan oleh orang ramai,” katanya.

Berita palsu itu mempertikaikan status halal hidangan burger Quarter Pounder yang dijual di restoran makanan segera itu.

Dalam kenyataan pada 9 Mei lalu, Jakim berkata, McDonald’s adalah pemegang sijil halal yang sah.

Menurutnya, restoran itu komited terhadap prosedur dan piawaian ditetapkan Jakim.




0 comments:

share2