BANGI - Seorang pekerja warga Indonesia terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit apabila jari tangan kanannya tersepit di mesin pengisar kacang di sebuah premis makanan di sini pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.20 pagi sebelum tiba di lokasi 20 minit selepas itu.
Menurutnya, sebaik tiba anggota penyelamat mendapati jari mangsa masih tersepit pada mesin.
"Anggota menggunakan pemotong hidraulik dan gergaji untuk memotong besi mesin bagi mengeluarkan jari mangsa yang tersepit.
"Mangsa dikenali sebagai Ojo Omar berusia 33 tahun dan berasal dari Indonesia," katanya mangsa hanya mengalami luka ringan.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
0 comments:
Post a Comment