Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 25, 2016

JANGAN BENARKAN CAMPUR TANGAN NEGARA ASING


1MDB


Melaka - Malaysia tidak mahu sebarang bentuk campur tangan kuasa asing dalam menentukan corak pentadbiran negara termasuk isu saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan campur tangan AS dalam isu berkenaan dilihat salah satu usaha negara berkenaan untuk mencampuri pentadbiran Malaysia.

"Saya hairan dengan sikap pantas AS yang begitu mudah dan pantas untuk masuk campur dalam urusan pantadbiran negara kita sedangkan mereka (AS) sendiri mempunyai beberapa isu yang lebih dekat dengan rakyat mereka dan ia belum diselesaikan sehingga kini," katanya.

Idris bercakap kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik di sini, semalam.

Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil Selasa lepas bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan.

Ditanya adakah wujud percubaan pihak tertentu yang meminta campur tangan kuasa asing untuk memalukan negara, beliau berkata sekiranya benar, ia adalah satu tindakan yang hina dan keji.

"Dalam hal ini saya bersetuju dengan prinsip sama yang dipegang Presiden Pas, biarpun kita berbeza idelogi tapi bagi beliau menggunakan kuasa luar untuk membentuk negara kita itu adalah satu perbuatan keji dan hina yg tidak sepatutnya diterima masyarakat," katanya.

Sementara itu, Rahim berkata Malaysia perlu bersedia dengan tenaga kepakaran dalam bidang undang-undang untuk menentang segala tuduhan dan saman tersebut.


0 comments:

share2