Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 22, 2016

INDONESIA LARANG POLIS, TENTERA MAIN POKEMON GO


beberapa orang remaja bermain permainan Pokemon Go yang semakin


JAKARTA 20 Julai – Indonesia melarang anggota polis negara ini bermain aplikasi permainan po­pular, Pokemon Go ketika menjalankan tugas dan larangan itu bakal dilaksanakan kepada anggota tentera tidak lama lagi.

Jurucakap polis Boy Rafli Amar berkata, pegawai polis seluruh negara telah menerima arahan itu berkuat kuasa semalam.

“Kami risau pegawai polis akan menjadi ketagih dan tidak mahu mereka menjadi sebegitu kerana tugas polis ialah berkhidmat untuk masyarakat.

“Tugas ini memerlukan kerja keras dan konsentrasi,” katanya.

Arahan tersebut juga dikeluar­kan selepas seorang warga Pe­rancis ditahan pada minggu ini selepas tidak sengaja memasuki pangkalan tentera di Pulau Jawa kerana bermain Pokemon Go.

Sebelum ini, pemimpin pasukan tentera bersenjata memberi amaran bahawa permainan tersebut boleh memberi ancaman kepada ke­selamatan negara.

Jurucakap tentera, Tatang Sulaiman berkata, arahan itu meliputi larangan ketika bermain pada waktu bekerja memandang­kan pasukan keselamatan tersebut perlu bertugas mengawal lokasi-lokasi penting yang terdedah kepada ancaman.

Permainan itu menjadi feno­mena di Indonesia setelah dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat dan United Kingdom dua minggu lalu.

Walaupun Pokemon Go belum dilancarkan secara rasmi di Indonesia ketika ini, ramai telah memuat turun permainan tersebut melalui aplikasi haram.

Populariti Pokemon Go me­nim­bulkan kegusaran dalam kalangan tokoh pembangunan keselamatan yang menegaskan, teknologi tinggi dalam permai­nan tersebut boleh dijadikan alat pengintipan.

“Mengintip boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Pada mulanya, Pokemon Go nampak comel, tetapi semakin lama anda melihat, ada sesuatu tidak betul padanya,” kata Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu. – AFP




0 comments:

share2