Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 26, 2016

CUBA CURI HANDPHONE LELAKI WARGA CHINA DAPAT 'HABUAN'


Cuba Curi Handphone Lelaki Warga China Dapat 'Habuan'


Viral di laman WeChat, sebuah video amatur berdurasi 26 saat memaparkan seorang warga China ditampar oleh lelaki berkulit hitam dalam sebuah kereta api di negara itu.

Menerusi klip video tersebut, seorang lelaki memakai baju berwarna hijau gelap ditampar berkali-kali oleh lelaki berkulit gelap.


Menurut sebuah portal tempatan, difahamkan, mangsa merupakan pencuri yang cuba mencuri telefon bimbit milik lelaki berkulit gelap tersebut, namun perbuatannya itu disedari.

Tanpa berdolak-dalih, lelaki kulit hitam itu terus memberi ‘pengajaran’ kepada suspek tersebut.

Jelas kedengaran melalui video pendek tersebut, lelaki kulit hitam itu berkata,

“Jangan kamu berani melakukannya lagi, jangan cuba mencuri telefon saya.

“Saya akan bawa kamu ke balai polis sekarang juga,” katanya.


0 comments:

share2