Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 3, 2016

PERATURAN TPP SEJAJAR DENGAN PELAN INDUK MALAYSIA





KUALA LUMPUR - Peratuan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) keseluruhannya sejajar dengan proses liberalisasi dan pelan induk Malaysia, kata Profesor Kursi CIMB-Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Salim Rashid.

Beliau berkata, TPP sebahagian besarnya mematuhi Pelan Induk Pasaran Modal yang sedang dilaksana serta Pelan Induk Perkhidmatan Kewangan.

"Malaysia sudah pun mencapai kemajuan besar dalam usaha menjadi ekonomi terbuka yang penting," katanya pada syarahan awam bertajuk 'Menilai TPP: Kesannya Ke Atas Industri Perbankan di Malaysia', di sini hari ini.

Rashid berkata, Bank Negara Malaysia mempunyai kuasa yang besar untuk campur tangan jika imbangan pembayaran atau mata wang terancam.

Beliau mencadangkan bank Malaysia untuk menghidupkan semula model Asia Timur, yang telah dipopularkan Bank Dunia.

Walaupun TPPA bertujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi sebenar manakala kewangan memenuhi sektor sebenar, beliau berkata, wujud peranan positif yang boleh dimainkan bank.

"Satu laluan yang dipopularkan Bank Dunia ialah model Asia Timur. Bagaimanapun, ia kini ditutup kerana ia berasaskan kepada negara menjadi aktivis dalam perbankan dan kewangan.

"Tetapi negara aktivis boleh digantikan dengan bank aktivis yang akan memula dan memantau projek inovatif bagi meningkatan kadar pertumbuhan Malaysia," tambahnya.

0 comments:

share2