Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 13, 2016

PENIAGA DITAHAN, KATA DAGING LEMBU TAPI JUAL DAGING BABI


babiq


Helah tiga penjual daging di Surabaya, Indonesia terbongkar setelah pihak polis melakukan serbuan mengejut selepas mereka disyaki menipu pembeli dengan menjual daging babi yang dikatakan daging lembu.

Ketiga-tiga peniaga terbabit yang semuanya lelaki berusia lingkungan 34 hingga 61 ditahan di tempat berasingan di mana dua daripada mereka ditahan ketika berniaga di pasar Mangga Dua Wonokromo, sementara seorang lagi di Pasar Lakarsantri.

Menurut jurucakap polis Surabaya, Shito Silitonga, ketiga-tiga mereka memberitahu daging itu adalah daging lembu yang kurang berkualiti, disebabkan itulah mereka menjualnya dengan murah.




Harga yang ditawarkan adalah Rp90,000 (RM27.53) jika dibandingkan dengan harga daging lembu biasa yang bernilai Rp130,000 (RM40) sekilogram.

“Bila ada orang datang membeli semua daging yang dijual dikatakan daging lembu. Padahal yang diberikan adalah daging babi.

“Biasanya mereka beritahu pembeli daging babi yang mereka jual itu adalah daging lembu yang kurang kualiti, sebab itu harganya lebih murah.

“Ditambah pula dalam bulan Ramadan, kadar permintaan daging lembu yang meningkat membuatkan mereka gunakan cara kotor ini demi mengaut keuntungan,” kata Shinto lagi.

Penjual terbabit kini berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga empat tahun jika didapati bersalah.


0 comments:

share2