Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 2, 2016

PELUNCUR HILANG KAKI DIBAHAM JERUNG PUTIH


JERUNG putih. - Foto Reuters


Perth – Seorang peluncur air berada dalam keadaan kritikal selepas jerung membaham kakinya di Pantai Falcon, selatan bandar raya ini.

Serangan terjadi tidak lama selepas sukarelawan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Surf Life Saving Wa, menulis dalam Twitter bahawa seekor jerung, dipercayai Great White, kelihatan di kawasan itu.

Akhbar West Australia melaporkan Ben Gerring, 29, berada bersama kumpulan peluncur air lain apabila diserang haiwan ganas itu, yang membaham kaki kanannya di atas paras lutut.

Peluncur air lain mengheret Gerring ke pantai dalam keadaan beliau tidak sedarkan diri.

“Saya berpaling dan melihat keadaan kelam kabut di sekeliling. Gerring meminta tolong.

“Kakinya sudah putus, seorang lelaki memulakan rawatan pernafasan mulut ke mulut.

Kami melakukan apa terdaya,” kata rakannya, Sheldon Spencer.

Gerring kemudiannya dipindahkan ke Hospital Diraja Perth dengan helikopter dalam keadaan kritikal.


0 comments:

share2