Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 2, 2016

PANTAU ANAK JIKA BELA HAIWAN DI RUMAH


kucing


Binatang peliharaan seperti kucing, arnab dan hamster adalah antara yang paling ‘dekat’ dengan anak-anak. Namun, bagaimana cara kita untuk memastikan anak-anak bermain dengan selamat bersama binatang peliharaan kesayangan anda sekeluarga ini?

Tip ini dapat membantu anak-anak anda selamat bermain dengan binatang peliharaan.

1. Jangan benarkan anak ganggu binatang peliharaan

Binatang peliharaan sangat sensitif ketika makan atau tidur. Sekiranya rasa terkejut atau terganggu dengan tindakan anak anda, ini mungkin akan bertindak agresif dan boleh menyebabkan anak anda tercedera.

Jangan sesekali membenarkan anak anda mengganggu binatang peliharaan ketika ia sedang makan atau tidur.

2. Pantau anak ketika dia bermain dengan binatang

Anak-anak biasanya tidak begitu peka pada reaksi dan tindak balas liar yang ada pada binatang. Biarpun anak anda hanya berniat untuk mengusik atau bermain, ini tidak memberi apa-apa makna kepada binatang peliharaan anda.

Tidak mustahil binatang peliharaan anda akan bertindak liar. Jangan benarkan anak anda mengasari atau menyakiti binatang peliharaan.

3. Jangan biar binatang main permainan anak

Anda perlu menjauhkan segala barang permainan daripada binatang peliharaan anda agar anak terhindar daripada sebarang bakteria. Biasanya binatang peliharaan gemar bermain dengan barang permainan.

Dikhuatiri binatang peliharaan anda menjilat atau merosakkan barangan permainan. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada anak anda.

4. Jangan biar anak hampiri anak binatang

Biasanya ibu haiwan begitu sensitif apabila ada yang cuba mengganggu anaknya. Tidak mustahil binatang peliharaan anda akan mencakar, menggigit atau menyerang anak anda jika merasakan keselamatan anaknya terancam.

Jangan biarkan anak anda menghampiri anak binatang peliharaan.

5. Elak anak dekat binatang peliharaan sakit/tercedera

Anak-anak mungkin tidak binatang peliharaan berkenaan sedang sakit atau tercedera. Pantau dan elakkan anak anda menghampiri binatang peliharaan yang sedang sakit atau tercedera agar penyakit atau kuman yang ada pada binatang peliharaan anda tidak berjangkit.

6. Terus rawat jika cedera sebab binatang

Biarpun lukanya terlalu kecil, langkah pencegahan daripada sebarang kemungkinan amat perlu.

Pastikan anda basuh tangan, kaki atau bahagian gigitan pada tubuh anak anda dengan menggunakan sabun atau krim khas untuk mengelakkan atau menghindari jangkitan bakteria.

Sekiranya kesan gigitan agak besar dan berdarah, rawatan lanjut perlu diberikan kepada anak anda. Bawa anak anda ke hospital atau klinik berdekatan.

0 comments:

share2