Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 21, 2016

KELANTAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PUSAT KERANA BINA RKB


Mohd Amar


Kota Bharu - Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran Pas hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana membina Rumah Kekal Baharu (RKB) untuk mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal ketika banjir 2014.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui ia merupakan kali pertama kerajaan Persekutuan berbuat demikian walaupun terdapat beberapa negeri lain pernah mengalami banjir besar sebelum ini.

"Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan Pusat kerana meluluskan peruntukan ganti rumah sebab tak pernah sebelum ini berlaku banjir di Johor, Pahang, kerajaan ganti rumah.

"Di Kelantan ini kali yang pertama. Sejarahlah itu.. memang kita ucap terima kasih kepada kerajaan Pusat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kunci rumah kekal kepada 31 keluarga mangsa banjir di Jajahan Kuala Krai.

Kerajaan Persekutuan dipertangungjawabkan untuk membina sebanyak 1,141 buah rumah iaitu 844 rumah telah siap manakala 243 dalam pembinaan, 54 belum dibina dengan setiap rumah bernilai RM65,000.


0 comments:

share2