Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 22, 2016

JUMLAH BIDAAN NOMBOR PLAT RP BERJUMLAH RM 2.3 JUTA


JPJ


Arau - Nombor pendaftaran kenderaan siri RP nyata menjadi rebutan pemilik kenderaan khususnya yang berasal dari Perlis di seluruh negara kerana ada yang mengaitkannya dengan singkatan Rakyat Perlis.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Muhammad Afifudin Mohd Zohdi berkata, jumlah bidaan yang berjaya dikumpul untuk nombor pendaftaran RP ialah RM 2.3 juta.

"Jumlah tersebut kita perolehi dalam tempoh bermula empat April hingga 18 April lalu.

"Seramai 315 pembida yang menyertai tender untuk tempahan nombor pendaftaran kenderaan RP," katanya ketika sidang media selepas majlis berbuka puasa di Dataran Jabatan Pengankutan Jalan(JPJ) Perlis di sini.

Tambah beliau, baki lebihan nombor pendaftaran RP iaitu sebanyak 9684 telah dibuka kepada orang ramai mulai 21 Jun.

Hadir sama, Setiausaha politik Kerajaan Negeri Perlis, Khalid Ahmad dan 20 orang anak yatim Rumah Mak Teh.

"Walaupun tidak mendapat sambutan hangat seperti siri RM yang mengutip kutipan keseluruhan sebanyak RM7 juta namun, ianya tetap digilai ramai.

Pada majlis buka puasa berkenaan, Muhammad Afifudin turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim rumah Anak Yatim Mak Teh.


0 comments:

share2