Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 2, 2016

BERNAMA NAFI KELUAR BERITA BONUS RAYA


bernama


Kuala Lumpur - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menafi mengeluarkan laporan memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri.

Laporan itu yang kini menjadi viral di laman sosial dipercayai disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Laporan palsu itu mendakwa berita itu ditulis oleh Bernama kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan bulan gaji dengan bayaran minimum sebanyak RM500 pada 9 Jun ini. 

Ini bukan kali pertama nama Bernama digunakan untuk menyebarkan laporan palsu berkaitan bayaran bonus kepada penjawat awam. 

Pada 2012, tersebar laporan palsu mendakwa Bernama mengeluarkan kenyataan serupa.


0 comments:

share2