Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 23, 2016

[BERA] 'BACA DAN FAHAMILAH AL-QURAN'


‘Baca dan fahamilah al-Quran’


Bukan tiada umat Islam yang lemah iman, goyah pegangan akidah dan akhlak sehinggakan lidahnya kelu untuk menyebut ayat-ayat ALLAH SWT malah keras hati apabila terdengar bacaan ayat al-Quran.

Mereka lebih gemar menyanyikan lagu yang melalaikan berbanding membaca al-Quran.

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, tidak kurang juga ada dalam kalangan umat Islam yang berbangga menggantungkan ayat suci al-Quran yang mahal sebagai hiasan tanpa memahami erti dan pengajaran ayat itu.

“Sebagai umat Islam, kita hendaklah membaca dan memahami al-Quran, serta menjadikannya panduan dan sumber rujukan dalam kehidupan seharian dalam menangani pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi.

“Marilah kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya hidup, kerana dalam al-Quran itu ada mengajak manusia untuk membaca kerana ia jambatan ilmu yang mampu meningkatkan martabat dan darjat manusia di dunia ini,” titahnya sempena Majlis Perasmian Tadarus dan Khatam al-Quran Wanita Peringkat Negeri Pahang di Masjid Darul Fikri di sini, semalam.

Seramai 1,600 wanita menyertai majlis ini yang turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dato' Shahaniza Shamsuddin.

Pada majlis itu, Tunku Azizah dan Dato'Shahaniza serta Datuk Seri Muhaini Zainal Abidin, bersama peserta menyempurnakan majlis tadarus dan khatam al-Quran.


0 comments:

share2