Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 20, 2014

PADAH MILIKI LOTERI HARAM




Kuantan – Mahkamah Majistret di sini semalam mengarahkan seorang penjual air membayar denda sebanyak RM1,300 selepas mengaku bersalah memiliki tiga keping kertas loteri haram pada 6 Mac tahun lalu.

Teo Mei Ling, 41, mengaku melakukan kesalahan itu kira-kira 3.30 petang di sebuah premis di Jalan Besar, Gambang dekat sini.

Atas kesalahan itu, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 1990) yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, ketika polis melakukan serbuan ke atas premis tersebut, didapati bersama-sama tertuduh sebuah telefon bimbit, data pencetak, wang tunai RM290, dua batang pen mata bulat dan tiga keping kertas kecil tercatat angka-angka disyaki loteri awam haram.

Tertuduh yang tidak tahu tahu berbahasa Melayu kerana tidak pernah bersekolah dibantu ibunya yang turut membuat rayuan mengurangkan denda kerana masih menanggung dua anak masih bersekolah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM500.

Bagaimanapun, Majistret Jessica Daimis mengarahkan membayar denda dengan jumlah itu selepas mengambil kira tertuduh yang tiada rekod lampau dan mengaku melakukan kesalahan berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Fatinah Abu Bakar manakala Mei Ling tidak diwakili peguam dan membayar denda tersebut.

0 comments:

share2