Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 25, 2016

TRAGEDI TIGA SEKAWAN: DUA MAUT DITELAN OMBAK BESAR


Tragedi tiga sekawan: Dua maut ditelan ombak besar


Kemaman - Keriangan tiga sahabat mandi pantai bertukar tragedi apabila ditarik ombak besar menyebabkan seorang daripadanya ditemui lemas dan seorang lagi hilang dalam kejadian di kawasan Bukit Belah, Kampung Geliga Pantai, petang semalam.

Ketiga-tiga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga itu, Amier Syafiq Azahari, Mohd Arif Azaharuddin dan Alif Mursidi Awang dipercayai mandi di kawasan itu pada jam 4.30 petang.

Bagaimanapun, hanya Alif Mursidi berjaya menyelamatkan diri ketika ditarik ombak dan dua lagi rakannya terkapai-kapai meminta tolong namun disebabkan tiada orang di kawasan itu menyebabkan insiden berkenaan tidak disedari orang kampung.

Pegawai Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab Rahim berkata, mayat Amier Syafiq ditemui terdampar di pesisir pantai pada jam 5.50 petang oleh orang kampung dalam jarak kira-kira 25 meter dari lokasi mangsa mandi.

Menurutnya, berikutan itu pasukan penyelamat memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Arif pada jam 7 petang dengan melakukan selaman di lokasi kejadian.

"Pasukan Penyelemat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai dengan dibantu tiga penyelam profesional melakukan pencarian di sekitar kawasan mangsa mandi.

"Malangnya selepas beberapa jam usaha pencarian dengan selaman itu gagal menemui apa-apa petunjuk, kita hentikan seketika pencarian dan akan disambung semula pagi ini," katanya.

Begitupun, katanya, operasi pencarian di pesisir pantai diteruskan di sepanjang persisiran pantai berkenaan.

"Setakat ini keadaan air laut adalah pasang dan arus menolak ke darat dan kita harap mangsa akan dijumpai secepat mungkin," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


0 comments:

share2