Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 19, 2016

POLIS BERJAYA TAHAN DUA LELAKI CONTENG BAS PAHANG


Polis berjaya tahan dua lelaki conteng bas Pahang


Johor Bahru - Polis berjaya menahan dua lelaki disyaki menconteng bas Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang di letakkan dilot parkir belakang Hotel Grand Blue Wave menjelang perlawanan Liga Super menentang Pahang kira-kira jam 4.00 petang semalam.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 7.00 malam semalam hingga 8.30 pagi semalam.

Menurutnya, bas berkenaan bernombor pendaftaran CDQ 7007 di sembur dengan cat beRwarna putih dengan perkataan 'Hilang Ker???' oleh suspek pertama yang berasal dari Kelantan manakala suspek kedua berasal dari Tampoi, di sini hanya mengikuti rakannya itu.

"Kejadian disedari oleh salah seorang pegawai PBNP yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sentral, di sini, kira-kira jam 12.40 tengah hari, hari ini. Hasil maklumat orang ramai kita berjaya menahan suspek di kawasan sekitar.

"Suspek pertama berumur 21 tahun yang bekerja di kedai perkakasan rumah manakala suspek kedua berumur 35 tahun yang bekerja sendiri mengaku melakukan perbuatan khianat keatas bas PBNP menaiki sebuah motosikal.

"Hasil siasatan juga mendapati tindakan suspek disebabkan ingin lepas geram pada bas yang digunakan untuk membawa 22 pemain, tujuh pegawai dan seorang pemandu kerana kedudukan Pahang yang merosot dalam saingan Liga Malaysia dan ini tiada ada kaitan dengan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT)," katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, di sini, semalam.

Katanya. kes berkenaan dianggap terpencil dan diharap ia tidak diperbesar-besarkan oleh kedua-dua pasukan manakala semua suspek direman bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Abdul Wahib berkata, Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat terhadap harta awam yang boleh dipenjara sehingga dua tahun dan boleh denda dan Seksyen 15 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh didenda RM100 jika sabit kesalahan.


0 comments:

share2