Pasir Mas - Fenomena El Nino yang melanda negeri ini menyebabkan pengusaha kelulut terpaksa berdepan hasil madu yang semakin berkurangan.
Perkara itu diakui pengusaha kelulut dari Kampung Jintan, Chetok, Azeman Jaya apabila kelulut diusahakannya hanya mengeluarkan hasil pada bulan ini sahaja.
Beliau berkata, hasil hanya boleh dikumpulkan setelah empat bulan berlalu, tidak seperti tahun sebelumnya.
“Jika sebelum ini masuk sahaja bulan Januari, saya sudah mampu memungut hasil madu tetapi tahun ini kena tunggu sampai April,” katanya.
Azeman berkata, kebiasaannya dia mampu memperoleh purata 100 kilogram madu kelulut setiap bulan, namun sejak musim kemarau bekalan itu berkurangan.
“Ketika ini saya hanya mampu kumpul sekitar 50 kilogram sahaja madu kelulut,” katanya.
Menurutnya, situasi itu menyebabkan bekalan madu kelulut dipasarkannya ketika ini berkurangan walaupun mendapat permintaan tinggi.
Katanya, cuaca panas dan kemarau ini menyebabkan kelulut sukar mencari manisan disebabkan kekurangan bunga pada tumbuhan.
“Paling menyedihkan apabila madu terhasil pada musim ini lebih manis berbanding sebelumnya iaitu sedikit masam dan manis. Ini menyebabkan pelanggan meragui tahap kualiti madu kelulut yang dijual.
“Jika kemarau ini berterusan, mungkin purata madu saya dapat sekitar 50 kilogram sebulan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment