Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 30, 2016

[KUANTAN] 48 KERTAS SIASATAN DIBUKA


48 kertas siasatan dibuka


Sebanyak 48 kertas siasatan dibuka oleh Suruhanjaya Tenaga berkaitan ketidakpatuhan undang-undang pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Operasi Kawasan dan Penguatkuasaan (JOKP), Suruhanjaya Tenaga, Ir Othman Omar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 60 peratus adalah kes kemalangan elektrik dan 29.2 peratus adalah kes penggunaan elektrik, pemasangan elektrik dan kontraktor elektrik.

Menurutnya, jumlah kertas siasatan yang dibuka meningkat sebanyak 17 peratus berbanding 2014.

“Manakala, sehingga April 2016, sebanyak 20 kes telah dilaporkan dan menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun lepas,” katanya ketika berucap pada Program Bijak Tenaga Suruhanjaya Tenaga Pahang di sini.

Program itu disertai 200 peserta daripada sektor industri dan komersial serta wakil dari jabatan kerajaan dan badan berkanun yang meliputi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Beliau berkata, satu kajian pembangunan kod keselamatan dilaksanakan dengan membangunkan Non-Domestic Code dan Infrastructure Code sebagai panduan dalam usaha memastikan sesebuah pepasangan direka bentuk dengan mengikut standard ditetapkan serta mematuhi peruntukan undang-undang diguna pakai.

Katanya, ini salah satu kaedah untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pepasangan elektrik supaya mematuhi standard ditetapkan.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Tenaga negeri, Che Aziz Abdullah berkata, jumlah pepasangan elektrik persendirian (PEP) didaftar dan dilesen bagi Negeri Pahang sehingga 2015 berjumlah 783 berbanding pendaftaran orang kompeten-Penjaga Jentera (PJ)berjumlah 885 (752 PJ votan rendah dan 133 PJ voltan tinggi) sebelum ini.

Katanya, bilangan itu menunjukkan bahawa masih terdapat kekurangan PJ terutama kategori voltan tinggi di sektor industri di negeri ini.

““Jadi tahun ini, sekali lagi pihaknya ambil inisiatif laksana program tanggungjawab sosial korporat dengan memberi fokus kepada kecekapan tenaga dan keselamatan elektrik,” katanya.


0 comments:

share2