Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 16, 2016

KEDUDUKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR GOYAH


OBT


Selepas DAP mengambil keputusan memecat keahlian Adun Teluk Datok, Loh Chee Heng kelmarin kerana didakwa menyalahgunakan peruntukan Dun, kedudukan Kerajaan Negeri Selangor kini dikatakan dalam keadaan kurang stabil.

Orientaldaily dalam laporannya semalam merumuskan sekiranya Chee Heng yang kini sudah bukan ahli DAP lagi, menjadi orang penting dalam pembentukan kerajaan negeri di Selangor.

Ini kerana, sekiranya Adun Teluk Datok itu memberi sokongan kepada BN dengan melompat ke mana-mana parti komponen dalam BN, ini akan memberi peluang kepada Pas dan BN bergabung menubuhkan kerajaan negeri bersama.

Pada PRU lalu, Pas mempunyai 15 Adun dalam Dun Selangor dan Umno mempunyai 12 Adun. Jika dicampur dengan Chee Heng dan seorang lagi Adun bebas, iaitu bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pas-Umno mempunyai 29 Adun berbanding Pakatan Harapan yang berjumlah 27 Adun.

Dengan kata lain, perbezaan dua kerusi ini akan memungkinkan kuasa tampuk kepimpinan kerajaan negeri Selangor boleh bertukar tangan pada bila-bila masa. Namun apakah Pas bersedia berpaling tadah meninggalkan rakan sekutunya, PKR untuk membentuk kerajaan baharu bersama Umno?

Kata akhbar ini lagi, inilah ujian yang dihadapi Menteri Besar, Azmin Ali untuk mengelakkan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya terus berada dalam keadaan genting dan goyah.

Bagaimanapun, kata akhbar ini, Pas buat ketika ini masih tidak berganjak daripada pendirian dengan kekal bersama PKR dan DAP untuk sama-sama menerajui jentera kerajaan negeri. Tambahan pula, daripada 15 Adun Pas itu, dipercayai bukan semua wakil rakyatnya yang menyokong penubuhan kerajaan campuran dengan Umno...

0 comments:

share2