Kuala Lumpur - Keahlian Adun Teluk Datuk, Loh Chee Heng dalam DAP telah ditamatkan dengan serta merta.
Dalam satu kenyataan di sini, Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai berkata, jawatankuasa disiplin parti mengadakan mesyuarat hari ini, berkaitan dakwaan bahawa ahli dewan undangan negeri itu telah menyalahgunakan dana yang diperuntukkan bagi kawasan Teluk Datuk.
Pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kok Wai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chee Heng diberi peluang untuk memberi penjelasan.
0 comments:
Post a Comment