Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 5, 2016

[JERANTUT] PENDUDUK LEGA DEBU MAKIN BERKURANGAN


Penduduk lega debu makin berkurangan


Penduduk kini dapat menarik nafas lega apabila masalah debu yang melanda kawasan kampung itu semakin berkurangan.

Masalah itu mendapat perhatian pihak terlibat selepas rungutan penduduk disiarkan dalam akhbar ini, 5 April lalu.

Penduduk, Sharifah Nahar, 70, berkata, syarikat yang terlibat dengan aktiviti melombong bijih di kawasan itu bertindak menyembur air di atas jalan dan ke badan lori yang keluar masuk sekali gus mengurangkan kadar debu di kawasan berkenaan.

Menurutnya, penduduk amat berterima kasih kepada pihak pemimpin setempat dan syarikat terlibat kerana prihatin dengan masalah itu.

Katanya, sebaik kisah itu disiarkan akhbar ini, satu mesyuarat bersama penduduk telah diadakan dan tindakan susulan telah diambil.

“Kini keadaan debu yang berterbangan berpunca dari lori bijih yang keluar masuk ke kawasan perlombongan sudah berkurangan.

“Saya harap perkara ini akan berterusan pada masa akan datang dan mereka dapat memikirkan kebajikan penduduk yang tinggal di kawasan ini,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan masalah debu yang melanda penduduk Kampung Lata Kasah sehingga menjejaskan kesihatan mereka.

Masalah terbabit dikatakan telah berlarutan selama sebulan.


0 comments:

share2